Ahad, 7 April 2013
Darab Mudah Fakta Asas Sifir 6, 7, 8, 9 dan 10 Menggunakan Jari
oleh Cg Zunita
Bagi murid-murid yang agak sukar mengingati fakta asas darab
melibatkan sifir 6 hingga sifir 10, kaedah di bawah memang sesuai dan
praktikal bagi mereka. Selepas meneliti beberapa contoh yang diberikan,
murid-murid bolehlah cuba menjawab soalan-soalan yang disediakan.
Bandingkan jawapan yang diperolehi melalui pengiraan jari dengan jawapan
sebenar (boleh rujuk sifir pada bahagian belakang buku latihan atau
bertanya kepada mereka yang lebih arif seperti ibu, bapa, abang atau
kakak).
Ahad, 31 Mac 2013
Sabtu, 30 Mac 2013
Selasa, 26 Mac 2013
Pecahan ( Bahagian 2)
by Cg Zunita
Menambah Dua Pecahan (Bahagian 2)
Jika nombor penyebut adalah sama..
tambahkan nombor pengangka sahaja
Contoh 1:
2 / 8 + 1 / 8 = ?
penyelesaiannya:
Apa yang perlu dilakukan ialah mencampur bahagian pengangka sahaja dan membiarkan nombor penyebut dengan nilai yang diberikan,
pengangka: 2 +3 = 5
penyebut: 8
jadi jawapannya adalah...
5 / 8
Pengawetan
by Cg Zuzaini
Cara Membuat Ikan Salai.
Perhati dengan teliti bagaimana ikan diawet untuk dijadikan makanan.
Ayat Tunggal
oleh: Cg Muslimah
AYAT TUNGGAL
1. Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
2. Subjek ialah bahagian yang diterangkan manakala predikat
bahagian yang menerangkan.
bahagian yang menerangkan.
3. Binaan ayat tunggal menyamai ayat dasar.
4. Kebanyakan ayat tunggal terdiri daripada ayat penyata.
Contoh Ayat Tunggal
1. Karim ialah seorang guru.
2. Buah betik sangat sedap.
3. Cerita itu sungguh sedih.
4.Pemuda itu sangat tampan.
5.Pak Abu terlupa makan ubat.
6.Encik Nordin pergi ke hospital.
7.Johari suka makan durian.
8.Susila hendak membeli tepung.
Pengawetan Makanan
oleh: Cg Zuzaini
Pengawetan Makanan
Pengawetan Makanan
- Pengawetan makanan ialah satu proses merawat makanan supaya makanan boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang.
- Pengawetan makanan boleh memperlahankan atau memberhentikan aktiviti mikroorganisma dalam makanan. Ini membolehkan makanan disimpan untuk masa yang lebih lama.
- Terdapat beberapa cara mengawet makanan iaitu :
- pelilinan
- penyalaian
- pengasinan
- pempasteuran
- pembotolan/pengetinan
- penyejukbekuan
- penjerukkan
- pembukusan vakum
- penyejukan
- pendidihan
- pengeringan
Isi Penulisan Karangan
oleh: Cg Muslimah
Bahasa Melayu Tahun 5
Tajuk : Seni Mempertahankan Diri
Subtajuk: Silat
Hasil Pembelajaran
Fokus Utama : 8.2.1.i -Membina ayat tunggal dan majmuk berdasarkan tajuk
Fokus Sampingan: 1.1.2.i-Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi.
Strategi Pengajaran : Direktif- Penerangan, Koperatif- Kerja Berkumpulan
Kemahiran Bahasa : mendengar dan bertutur, membaca, menulis
Sistem Bahasa : Ayat Tunggal, Kosa kata , Ayat Majmuk, Kata hubung
Kemahiran Bernilai Tambah(KBT) :
1. Kemahiran Berfikir: Menjana idea, sumbang saran
2.Kecerdasan Pelbagai: Verbal Linguistik, Interpersonal
3.Kemahiran belajar Cara Belajar; Belajar berkumpulan
Pengisian Kurikulum : Kajian Tempatan, Pendidikan Moral, PSK
Sains bersama Cg Zuzaini
Info Sains
Terdapat sembilan buah planet dalam Sistem Suria. Turutan planet-planet
mengikut jarak paling dekat sehingga paling jauh dari Matahari ialah
seperti : Utarikh, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun
dan Pluto
Matematik bersama Cg Zunita
Menukar Pecahan (Bahagian 1)
Apa maksud pecahan wajar & pecahan tak wajar?
Pecahan wajar:
- pecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebut
- (pengangka < penyebut) - contoh, 4/7
Pecahan tak wajar:
- pecahan yang pengangkanya lebih besar daripada atau
sama dengan penyebut
- (pengangka ≫ penyebut)
- contoh, 6/5
Cara menukar pecahan tak wajar kepada nombor bulat adalah seperti berikut:
bagaimana hendak mengetahui nombor yang diwakili oleh bahagian berwarna?
antara caranya ialah:
9 ÷ 3 = 3
9 mewakili bilangan yang terdapat di dalam gambar rajah, manakala 3 pula mewakili pecahan yang terdapat dalam satu bulatan.
oleh itu, bahagikan nilai 9 dan 3.
jumlahnya ialah 3.
jawapan bagi bahagian berwarna ialah 9/3 atau 3.
Nombor bulat boleh juga ditulis dalam bentuk pecahan.
Misalnya, 4 = 4/1 , 7 = 7/1
Cara menukarkan pecahan tidak wajar kepada pecahan bercampur ialah:
1) bahagikan pengangka dengan penyebut
2) hasil bahagi (nombor yang berada di bahagian atas) akan menjadi nombor bulat
3) manakala, baki yang terdapat hasil pembahagian akan ditulis sebagai pengangka
4) penyebut pula diambil dari nombor pembahagi
(untuk lebih memahami, sila rujuk gambar dibawah)
Berikut merupakan langkah-langkah menukarkan pecahan bercampur kepada pecahan tidak wajar.
1) darabkan nilai penyebut dengan nombor bulat
(berada di sebelah kiri)
(berada di sebelah kiri)
2) kemudian, tambahkan hasil darab tadi dengan pengangka
3) untuk memperolehi jawapan, hasil tadi dijumlahkan dan dibahagikan @ diperkan dengan nilai penyebut
Misalnya:
sekiranya masih tidak faham sila berhubung dengan cg zunita
melalui ruangan komen;
Pecahan bersama Cg Zunita
Langgan:
Catatan (Atom)